header-photo

Visi Dan Misi PPIKS Sepang



VISI IKS

Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian dan menjana usahawan kecil ketahap yang teratas.

MISI IKS

Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Produk makanan  yang mematuhi  perundangan Akta makanan 1983 serta Peraturan Makanan 1985.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA
1.                  Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan / agensi kerajaan.
2.                  Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia.
3.                  Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan.
4.                  Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian, dan
5.                  Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanain.

OBJEKTIF
1.                  Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebgai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan sistem pemasaran produk pertanian dan makanan.
2.                  Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan.
3.                  Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara.
4.                  Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.

1.   PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK DAN PENJENAMAAN

·         Meningkatkan Imej dan Persembahan Produk.

Pengenalan
Imej dan persembahan produk yang baik adalah penting dalam pemasaran , selain daripada factor harga, promosi dan lokasi.  Sehingga kini, kebanyakan usahawan PKS belum mampu untuk menyediakan pembungkusan dan pelabelan yang sesuai dengan kehendak perundangan dan pasaran.

Sehubungan itu, IKS menyediakan perkhidmatan peningkatan imej dan persembahan produk bagi membolehkan produk PKS memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global.

Tujuan
·         Meningkatkan imej produk dari segi rekabentuk pembungkusan dan pelabelan yang bersesuaian dengnan kehendak pasaran.
·         Meningkatkan jualan melalui penyediaan bahan-bahan promosi yang bersesuaian.
·         Kepatuhan kepada Akta Makanan dan Peraturan Pelabelan.


·         Pembangunan Kualiti Produk

Pengenalan
Produk makanan hendaklah sentiasa berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna.  Ini dapat dicapai dengan mengamalkan system pengurusan kualiti secara berperingkat seperti GHP, GMP dan HACCP.

Tujuan
·         Memastikan produk PKS mematuhi Perundangan Makanan.
·         Memastikan produk PKS selamat untuk dimakan daripada aspek bahaya kimia, mikrobiologi dan fizikal.
·         Produk diproses dengan cara yang betul.
·         Menyediakan maklumat pemakanan bagi penyediaan label pembungkusan yang betul.

  • Pusat Pemasaran Produk

Pengenalan
Pusat Pengumpulan Produk adalah premis IKS yang dilengkapi dengan kemudahan pemprosesan makanan, peralatan pembungkusan dan pelabelan yang boleh digunakan oleh usahawan PKS untuk mengeluarkan produk.

Tujuan
  • Membantu usahawan yang tiada kilang untuk mengeluarkan produk makanan di bawah jenama usahawan.
  • Menjamin produk yang dikeluarkan oleh usahawan adalah berkualiti, mematuhi perundangan makanan dna memenuhi kehendak pasaran.
  • Usahawan dapat mengeluarkan produk tanpa pelaburan, khususnya bagi pembelian mesin dan lain-lain peralatan.
  • Meningkatkan kapasiti pengeluaran produk usahawan untuk memenuhi permintaan.
  • Membantu usahawan memasarkan produk keluaran dengan lebih sistematik dan terurus.
  • Pengguna terus mendapat kan produk dengan harga yang berpatutan.
  • Exspo jualan ,Karnival dan promosi makanan asas tani terus kepada pengguna  tanpa melalui orang tengah.